Ukhwah, Mesra dan Prihatin
Bersama membina komuniti yang selamat, bersih, harmoni dan prihatin.
Bersedia dengan aktiviti-aktiviti PPDSP yang dirancang untuk tahun ini.
Semua penduduk Desa Subang Permai dijemput hadir ke Program Bual Bicara Penduduk bersama Ahli Majlis MBSA dan Ketua Balai Polis Kg Baru Subang. Program akan diadakan pada 25 Julai 2026, dari 8.45 pagi hingga 10.45 pagi di Dewan Cemara MBSA, Desa Subang Permai. Kehadiran dan sokongan semua penduduk amat dialu-alukan.
Akan Diumumkan
Mesyuarat Agung Tahunan PPDSP 2026 diadakan bagi membentangkan dan mengesahkan minit mesyuarat terdahulu, laporan kewangan serta laporan aktiviti persatuan bagi sesi 2025/2026. Mesyuarat ini turut menjadi platform untuk ahli mengemukakan usul, cadangan dan perkara berbangkit demi pembangunan serta kesejahteraan penduduk Desa Subang Permai.
HANTAR USULStatistik penduduk & kediaman berdasarkan rekod dokumentasi tahun 2014.
Ukhwah, Mesra dan Prihatin
Persatuan Penduduk Desa Subang Permai (PPDSP) menghimpunkan penduduk kawasan Desa Subang Permai, Seksyen U6, Shah Alam, dalam usaha melestarikan komuniti yang prihatin, berkasih sayang dan peduli antara satu sama lain sejak penubuhannya pada tahun 2003.
Terokai sejarah, aktiviti, organisasi dan pencapaian komuniti Persatuan Penduduk Desa Subang Permai melalui dokumentasi digital PPDSP — dalam penyertaan Program Pertandingan Zon Bersih Mini tahun 2014 mewakili Zon 17 anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam.
Baca Buku DigitalHubungi urus setia PPDSP melalui saluran berikut.
Sertai persatuan, kemas kini keahlian anda dan bersama-sama menjadikan kawasan kita lebih selamat, bersih dan harmoni.